my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Sunday 4 October 2015

Kehidupan Pasca Sijil Pelajaran Malaysia

Pasca di sini bukan diertikan sebagai sebuah kota di Columbia mahupun pastri tradisional Romania, ianya tidak lain tidak bukan selepas.

Sepuluh jari aku susun jika terdapat sebarang silap dan salah dalam setiap perkataan yang aku tulis mahupun sebarang kesalahan ejaaan atau tatabahasa kerana aku sudah bersara dari dunia persekolahan (secara literal) walaupun aku secara teknikalnya aku masih bersekolah. Maka, segala ilmu dan pelajaran yang telah dicurahkan oleh guru-guru Bahasa Melayu aku sejak aku tahun satu sehinggalah tingkatan lima sudah tidak lekat di kepala. (Maaf, cikgu! :P)

Terlalu banyak perkara yang aku ingin kisahkan di laman sesawang ini namun aku terasa berat tulang. Jika aku tergerak hati untuk menulis perkara-perkara yang lain mungkin aku akan lakukannya!

Pendek cerita...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, berkat usaha guru-guru yang mengajar aku, aku telah mendapat keputusan yang melayakkan aku untuk memohon biasiswa yang ditawarkan oleh badan kerajaan dan swasta untuk pelajar SPM 2014. Secara pintas, aku telah ditawarkan program biasiswa JPA-MARA dalam bidang kejuruteraan dan kini sedang mengikuti program A Levels di sebuah sekolah yang tidak begitu terkenal (hahaha) di Gombak, Selangor.

Dan..... :D

(Maaf aku sudah kehabisan idea, mungkin lain hari baru ada idea datang berpusu-pusu barulah aku akan menulis narratif yang lebih kreatif!)

P/S: Terlalu banyak perkara aneh dan kurang menarik berlaku, maka aku rasa lebih baik aku tidak perlu menulis perkara-perkara tersebut di dalam blog ini.

Thursday 26 June 2014

Transformasi

Bukan transformasi 1 Malaysia.
Bukan satu anjakan paradigma mengenai negara.
Tetapi mengenai diri yang khilaf ini.

Hampir setahun lamanya aku tidak menulis apa-apa di dalam laman sesawang ini, bukan? Terlalu banyak yang ingin aku kisahkan, bagaikan 1001 kisah padang pasir (kalau tidak silap). Aku memang tak pernah mengharapkan publisiti tetapi blog ini sekadar luahan isi hati apa yang telah terbuku selama ini. Aku bukanlah seorang yang puitis, jarang sekali ingin aku terfikir mengenai membina ayat yang gramatis dalam setiap naratif yang aku karang. Hidup ini merupakan realiti yang ironi, semuanya seperti kucar-kacir, jarang sekali sempurna.

Sungguh aku pasti, aku telah berubah, dan aku ingin berubah. Masih ada banyak sifat-sifat nista yang ada pada dalam diri ini yang aku ingin singkirkan. Aku jangka, perubahan aku selama ini ke arah kebaikan. Namun, aku silap. Aku salah. Aku bukan 'aku' yang dahulu, aku telah menjadu 'aku' yang 'aku' dahulu mungkin akan berasa kecewa terhadap 'aku' yang kini. Benarlah pepatah Melayu, "ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta". Aku dilanda perasaan bersalah, terlalu banyak perkara yang durjana yang telah aku lakukan. Seringkali, aku alpa, leka, dan lalai. Akhirnya, kini aku tergapai-gapai, dalam arus yang sangat melemaskan.

Wednesday 7 August 2013

Suasana Hari Raya

Assalamualaikum, 

Ini bukan satu entri dituju khas untuk lirik lagu 'Suasana Hari Raya'. Tapi, sesuatu yang berkaitan dengannya. Agaknya, lebih kurang jugalah. Dalam fikiranku, ingin sahaja aku ingin 'copy & paste' lirik lagu tersebut. Maklumlah, semangat hari raya yang sedang berkobar-kobar dalam diri ini. Aku agak terkejut, hairan, dan sedih dalam pada waktu yang sama. Sungguh, aku tidak menyedari betapa pantasnya masa berlalu. Awal Ramadhan rasa seperti baru semalam berlalu. Awal-awal itu, seringlah berkumandang di radio "Ramadhan tiba~ Ramadhan tiba~". Pejam celik, pejam celik - mengharungi kehidupan seorang pelajar di asrama, di mana tahun ini buat julung kalinya aku bersahur dan berbuka puasa dalam atmosfera baharu. Rasa macam tiba-tiba sahaja Syawal dah menjenguk kepala dia, tak sabar-sabar nak datang.

Apa-apa pun, maaf zahir dan batin! Ampun maaf aku pohon, dari hujung kaki ke hujung rambut!

Selamat hari raya Aidilfitri!

Thursday 23 May 2013

Et Cetera: II

Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Ya, bulan demi bulan berlalu tanpa aku sedari. Begitu pantasnya masa beranjak tanpa menoleh ke belakang pun walau sekejap saja. Masa tak akan pernah berputar kembali. Ingin sahaja aku kembali ke masa lalu untuk memperbaiki segala kesilapanku, kekhilafanku, kejumudanku, sebagai insan biasa yang tidak mempunyai kuasa. Hampir sahaja aku menitiskan air mata di hadapan skrin komputer, berapa banyak waktu yang telah aku sia-siakan? Berapa banyak peluang yang aku telah biarkan? 

Berapa banyak dan berapa banyak lagi? 

"Kisah lama berulang kembali, melukakan parut yang sudah sedia ada dalam hati ini"
Sekadar metafora kehidupan sahaja.

Pernahkah anda terfikir bahawa kita ini diciptakan atas dasar apa? Atas sebab apa? Atas faktor apa? Mungkin ada di antara kita mengatakan bahawa kita hidup ini demi-Nya, ada yang mungkin tujuan hidupnya mencari cinta, ada yang ingin menggapai puncak nun di sana, dan mungkin yang ada hanya ingin kemewahan hidup semata-mata. Inskripsi dunia, manusia ini terlalu banyak lumrahnya.

Mahu tahu satu rahsia?

Aku sentiasa ingin kelihatan berbeza, unik. Aku ingin kelihatan menonjol dan aku ingin mendapatkan perhatian dari semua orang yang akhrnya memakan diri aku sendiri. Aku hairan dan takjub dengan diri aku sendiri bagaimana aku boleh berkelakuan seperti budak-budak, seringkali akan aku memasamkan muka, menyendiri apabila sesuatu itu tidak memenuhi kehendak dan citarasa aku. Aku benar-benar memerlukan seseorang untuk membantu aku, memberitahu apa yang aku patut aku lakukan, apa yang patut aku buat dalam kehidupan ini.

Kisah benar hari itu yang ingin aku sutradarakan dalam epik Et Cetera ini, ingin aku eksploitasi sekali lagi. *Benarkah eksploitasi satu perkataan yang molek untuk digunakan? I don't think so

Cita-cita?

Dahulu aku ingin menjadi seorang doktor. Itu dahulu, kira-kira sedekad yang lalu. Impianku seringkali berubah-ubah. Sekejap aku ingin menjadi seorang detektif, sekekejap ingin menjadi saintis, sehinggalah aku bingung dan keliru ke hari ini. Tapi yang pasti, aku ingin mengembara ke seantero dunia, melihat dan menyaksikan sendiri ragam manusia yang heterogen. Aku dapat bayangkan betapa indahnya dunia ini, ingin aku terokai setiap penjuru bumi ini.

Apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu? 

Biarlah rahsia~ *Bak dendangan Dato' Siti Nurhaliza.
Hehehe...

Keputusan PMR?

Aku tidak mengambil keputusan PMR aku di sekolah, kerana aku berada di Kota Kinabalu pada waktu itu untuk membeli alatan persekolahan bagi sesi 2013 nanti, lagipun aku boleh menyemak keputusan periksa aku melalui SMS. Sehari sebelum keputusan diumumkan aku bagaikan cacing kepanasan, hatiku tidak senang, memikirkan kertas Bahasa Melayu penulisan aku yang akan memungkinkan aku mendapat B. Kenapa? Ceritanya panjang sekali ingin aku kisahkan, ingin aku ingat kembali memang lucu sekali, membuatkan aku tergelak dan tersenyum sendiri akan kepanikan aku pada hari itu. 

Ceritanya begini...

"Aku time tu memang semangat gilalah nak jawab paper Bahasa Melayu. Semangat tu memang semangatlah, semangat 1 Malaysia ada, semangat Merdeka ada, semangat Keranamu Malaysia pun ada. Okay, aku tipu je.. Jangan marah, okay? Yang pasti, aku memang sangat-sangat tidak bersedia untuk menjawab kertas tersebut. Apa yang paling aku risaukan? Sebenarnya, I had literally f***ed my paper. Aku tersilap tulis nombor bagi bahagian C dan karangan Bahagian D aku terletak di antara dua bahagian muka surat karangan Bahagian C..... Aku cuba memperbetulkan kesilapan aku, tapi pada waktu itu masa pun dah habis, lalu pengawas pun mengutip semua kertas jawapan termasuklah kertas jawapan aku. Pada masa itu, apabila pengawas telahpun melangkah keluar dari dewan peperiksaaan, dan bergerak ke bilik pengumpulan kertas jawapan, aku segera berlari mengejar pengawas tersebut untuk memberitahunya bahawa aku telah tersilap menulis nombor soalan yang aku telah pilih dalam Bahagian C di atas kertas jawapan tersebut. Namun, harapan aku punah apabila, aku tersungkur di pintu hadapan sewaktu aku berlari. Pipiku terasa hangat dan memerah. Aku terpaksa menebal muka di hadapan semua orang, dan pada waktu itu aku hampir-hampir sahaja ingin menangis kerana aku menyangka harapan aku untuk mendapat 9A telah pun hancur berkecai bak kaca terhempas ke tanah..."

Itulah apa yang berlaku........


|/************************Bersambung******************************\|

Friday 29 March 2013

Dunia Baharu

Terasa masa itu hanya sekejap hanya, sudah agak lama rasanya lompang masa yang telah aku tinggalkan selama ini dari hasil nukilan aku yang terdahulu, Et Cetera. Mungkin, pada pengamatan insan lain, jarak yang aku biarkan itu terlihat begitu lama sekali, tapi apabila aku fikirkan, aku renungkan, rasanya seperti baru semalam aku mengkaryakannya. Terlalu banyak 'mungkin' ingin aku masukkan dalam kisah aku kali ini, tapi kepastian yang kita, dan amat perlukan, bukan?

Hati ini rasa sakit, sakit yang tidak dapat langsung aku jelaskan dalam perkataan. Pastinya pendefinisian bagi apa yang aku rasakan ini tidak mungkin dapat diungkai oleh mana-mana manusia, kecuali aku sendiri. Namun, aku sendiri tidak dapat merungkaikan apa yang terdapat dalam isi hati aku ini. Kurang dari empat puluh jam lagi aku akan balik ke dunia baharuku itu. Aku gelar ianya sebagai dunia baharu kerana persekitarannya yang baru, insan-insan baharu yang aku temui di sana yang pelbagai ragam dan cereka masing-masing yang belum dapat aku pastikan lagi. Dunia baharu memang aneh, amat pelik, mungkin ini efeknya dari pertama kali aku berada di sekolah berasrama. Aku ditakdirkan untuk bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu setelah sekian empat tahun aku menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan berhijrah, banyak aspek dan perspektif yang aku telah kira, akan tetapi apakan daya. Takdir Ilahi, aku akan menyambung pelajaranku ke dunia baharu itu.

Perasaan sedih dan rindu menggamit jiwa apabila aku teringatkan sekolahku dahulu, namun perasaan benci, marah, dan meluat segera melenyapkan perasaan itu. Aku kurang tahu, aku khilaf apa yang telah menyebabkan aku berperasaan seperti begitu. Hmmm.....

Thursday 15 November 2012

Monday 5 November 2012

Ekspresi





















Setiap foto ada kisahnya tersendiri.