my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Wednesday 31 October 2012

Ketam.

Internet kurang berfungsi. Masa untuk memuat turun laman web menjadi sangat-sangat lembab seperti kura-kura dan akhirnya talian pun terputus. Skrin komputer pun macam dah muak tengok aku sebab aku asyik memandang dan merenung ke arah tanpa membuat apa-apa. Ya! Ini gara-gara tiada idea baik yang dapat aku implementasikan dan curahkan ke dalam blog ini. Kalau nak bertwit pun, aku dah bosan sebab pagi tadi dekat sekolah aku dah berhabis-habisan bertwit.

Dalam sekelip mata, datang keinginan aku untuk bermain basikal tapi tayar basikal di belakang dah hancur, bocor - tak dapatlah aku nak berbasikal keliling kampung. Lagipun hari macam dah nak hujan, hujan yang bukan sekadar hujan yang ingin mencurahkan airnya tapi mungkin taufan. Alah tegal, alah biasa - keadaan begini dah jadi hampir setiap hari, cerah di siang hari ribut skual di petang hari. Kejam sungguh alam semulajadi. Aku gurau je.


Tuesday 30 October 2012

Et Cetera



Masa semakin suntuk, semakin cepat berlalu, benarlah kata bahawa masa di akhir zaman ini terasa seperti sehari itu hanya sesaat. Waktu yang diluangkan bersama-sama rakan seperjuanganku juga semakin singkat, aku tidak dapat nafikan bahawa kami semakin meningkat dewasa, hari demi hari. Bunga-bunga cinta monyet semakin giat berputik dan berkembang seperti barah yang bakal menyeksakan hati kami. Itu hanya sekadar metafora sahaja bagi di mata umum, tapi ianya sebenar memberi kesan yang sangat-sangat mendalam laksana parit Mariana di lautan Pasifik iaitu jurang yang terdalam sekali di dunia ini.

*//Prolog

Introduksi di atas tiada kena-mengena dengan apa yang aku bakal kisahkan sebentar lagi - YA! Kini Fatin si penglipurlara ingin menceriterakan alkisah hatta tanpa seseorang pun pastinya akan mempercayai betapa merepeknya dongengan di realiti ini. Mungkin hanya kerana aku banyak menggunakan kata-kata puitis, yang sungguh indah gramatis?

Segala detik dan peristiwa yang berlaku di sekolah tadi tidaklah menarik seperti yang disangkakan. Sekali lagi, tidak dapat disangkal - manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Aku tiba di sekolah agak lambat bak kura-kura dalam perlumbaan untuk menandingi sang arnab, tapi syukur, pintu sekolah belum lagi tertutup. Hehehe. Kalau tutup pun, masih boleh guna pintu utama sekolah, tapi aku benar-benar malas ingin bersemuka dengan pengawal keselamatan nanti yang gayanya seperti seorang ejen FBI. Dengan penuh perasaan janggal, oleh sebab sebelum ini dah hampir sepekan aku tidak ke sekolah... Aku mengorak langkahku dengan laju sambil mengucapkan 'Hai!' kepada orang-orang yang aku kenali sepanjang perjalanan aku untuk naik ke blok tingkatan 3. Aku banyak bermonolog sendirian, dan pada masa yang sama aku berasa sedih kerana mungkin inilah minggu terakhir kami sekelas 3 Ixora, untuk bersama-sama, kerana cuti sekolah hujung tahun sudah hampir dan tarikhnya sudah boleh dengan 5 jari yang ada di tangan kiri atau kanan.

Sampai di kelas.....

Aku terlihat kelibat orang yang aku sudah berjanji dengannya bahawa aku akan datang ke sekolah hari ini - dia memakai baju lengan panjang berwarna oren. Aku mulai berfikir bagaimana untuk aku mengatur kata padanya bahawa aku hanya ingin sekadar bersahabat dengannya dan tidak lebih dari itu. Aku hanya mampu berpura-pura tidak perasan akan kewujudannya dan segera merapati ke tempat dimana rakan-rakan perempuanku berkumpul dan apa lagi? Mereka semacam sarkastik, dan menyebut nama orang tersebut tanpa henti... Macam dah jadi berita utama pula kisah tentang dia itu dengan aku.

Selang beberapa minit kemudian............ (Kira-kira 30 minit)
Cikgu Fatimah, merangkap guru penolong kanan di sekolah aku, tiba-tiba menerjah kepala di pintu belakang kelas kami sambil menegur dan memberi arahan kepada kami untuk ke dewan sekolah. Oh, mereka kata ada ceramah dari pihak kaunseling. Dengan penuh rasa malas dan memberontak dalam diri  serta jiwa remaja ini, ikutkan hati macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Tapi akhirnya, mengalah juga, apabila Ayu Sufiah, bos besar kitorang memanggil turun untuk ke dewan. Jadi kami turunlah......

DEWAN SEKOLAH.
Baiklah, sekarang ini dah selamat masuk ke dalam dewan sekolah yang bakal dirindui sehingga semester baharu tahun hadapan 2013 :3 (InsyaAllah aku pindah MRSM, target 9A PMR! Amin~). Ingatkan ada ceramah, rupa-rupanya..... PENDAFTARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL seluruh Sabah oleh Cikgu Nazahwaty, sewaktu pendaftaran itu, memang perlahan dan lembab sebab kena satu-satu orang. Aku memang tak mohon, sebab aku tak minat tapi ramai juga kawan-kawan aku memohon masuk, alamatnya tahun depan ini, memang pelajar Tingkatan 4 cengkerik sahaja. Bunyi *krriiiiik *kriiiikkk kedengaran di setiap kelas Tingkatan 4 tahun hadapan.

TUNGGU-TUNGGU PUNYA LAMA AKU TUNGGU
Aku rasa macam dah lenguh, perut pun dah menyanyi lagu kegemarannya, jadi aku ajaklah si Farhanah untuk ke kantin tapi dia terus tolak pelawaan aku yang penuh berhemah ini - aku sedih sekejap tapi tak apa, ada orang lain yang memang pasti dan sepasti-pastinya bakal setuju dengan ajakan aku, tak lain tak bukan, Azierah Masri!

******************************************************

#Hantar borang kokurikulum (jangan risau makanan dah selamat dihadam dalam perut)
Jumpa Ustazah Haslindawati, dia tanya pasal buku biru. Ergggh, malas aku nak cakap pasal buku biru. Borang kokurikulum itu, aku buat sendiri gred-grednya, aku dah malas nak jumpa guru-guru penasihat// Terserempak dengan dia, suruh dia naik atas sebab dia nak jumpa dengan aku.

|/|/|****BERSAMBUNG****|\|\|




Cita-cita.



你好.
Сегодня великий день.
Men det är en tröttsam dag!
ذهبت إلى المدرسة وتخمين ما؟
나는 그 소년에 직면했다.
Der Junge, der gesagt hatte, dass er mich mag.
Permettez-moi de garder le secret parce que je ne vous dirai pas.
. זה קצת שנוי במחלוקת
अलविदा.
Is breá liom tú,
Fatin.

Monday 29 October 2012

Masa Depan.

Aku merenung diri aku seketika, menyesal dengan sesesal-sesalnya dengan cara bagaimana aku telah menghabiskan masaku dari bulan-bulan yang lalu. Tiap-tiap hari kita dimomokkan bahawa masa itu emas, masa itu blablablabla, memang agak klise pada pendengaran kita tapi aku tak mampu dapat menyangkal pernyataan itu, kerana ianya adalah benar dan buktinya? Hidup aku.