my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Sunday 15 July 2012

PMR tak boleh ke?

Aku risau sangat. Sangat resah, gelisah, bingung kacau. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat kali ini. Aku risau sangat, sebab apa? Takut kalau Bahasa Melayu dan Sejarah aku secara tiba-tiba sahaja jadi B. Ya, peperiksaan tiga kali ini ialah penentuan di antara hidup dan mati aku *ayat cehhh itu adalah kerana Madam V kita akan memasukkan markah kita, yakni pada peperiksaan tiga ini. Aku sangat-sangat berharapan tinggi bahawa aku akan mendapat 9 A bagi semua mata pelajaran. Kalau nak turun pun 8A 1B. Nak tahu apa yang aku target B? BAHASA MELAYU! Aku kurang mempunyai keyakinan terhadap Bahasa Melayu aku kali ini. Mungkin sebab aku sudah jarang-jarang membaca buku dalam Bahasa Melayu bahasa kebangsaan kita kot? Aku betul-betul mengharapkan nak semua A dalam keputusan PMR aku nanti. Tapi setakat ini, progress aku belum betul-betul nampak. Anyway, esok aku ada kertas English dan P. Islam! Doakan aku ye?

Memang kacaulah keputusan aku kali ini! Ya ALLAH!!! Aku akui, memang dari hari ke hari aku makin malas, tapi yang peliknya, kemalasan aku itu, aku salahkan terhadap orang lain. Aku salahkan kekurangan usaha dalam diri yang kecil dan hina ini terhadap keadaan, ya keadaan. Aku terlupa untuk memberitahu kamu bahawasanya semasa aku jawab kertas Sejarah tadi, aku rasa tanda-tanda demam. Kepala aku berpusing-pusing macam roda ferris. Rasa nak hempapkan kepala aku dengan batu sahaja, barulah rasa baik sedikit kot? Aku tak jangka aku akan dapat 90 keatas tapi kalau 81, 82, sekadar cukup-cukup makan A, pun aku terima, sebab kenapa? Aku dah tahu kelemahan aku semasa menjawab kertas itu tadi, iaitu bahagian CLC segala itu. Memang aku bingung dan keciwa habis!

Lagi satu, aku berdoa ke hadrat ilahi agar kertas PMR yang bakal aku jawab pada bulan Oktober nanti tak akan ada masalah. Amin~ Oleh itu, tak perlulah diorang (Lembaga Peperiksaan) nak susah-soseh cari markah aku yang meriah tu nanti! Bukan aku tak boleh buat, cuma munkin kurang istikharah, usaha, dan tawakkal mungkin. Kebelakangan ni, memang aku selalu main. Satu malah besar bagi aku sekarang ialah bagaimana untuk menghindari diri dari telefon kerana kawan lama aku yang bernama Syafiq Thaqif asyik mesej dan telefon aku, suruh aky buat match-making dengan salah satu rakan sekelas aku yang bernama Azira Aqma. Makin gila aku dibuatnya!!! Malam ini, aku kena struggle habis baca PAI dan English.

Assalamualaikum!