my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Wednesday 7 August 2013

Suasana Hari Raya

Assalamualaikum, 

Ini bukan satu entri dituju khas untuk lirik lagu 'Suasana Hari Raya'. Tapi, sesuatu yang berkaitan dengannya. Agaknya, lebih kurang jugalah. Dalam fikiranku, ingin sahaja aku ingin 'copy & paste' lirik lagu tersebut. Maklumlah, semangat hari raya yang sedang berkobar-kobar dalam diri ini. Aku agak terkejut, hairan, dan sedih dalam pada waktu yang sama. Sungguh, aku tidak menyedari betapa pantasnya masa berlalu. Awal Ramadhan rasa seperti baru semalam berlalu. Awal-awal itu, seringlah berkumandang di radio "Ramadhan tiba~ Ramadhan tiba~". Pejam celik, pejam celik - mengharungi kehidupan seorang pelajar di asrama, di mana tahun ini buat julung kalinya aku bersahur dan berbuka puasa dalam atmosfera baharu. Rasa macam tiba-tiba sahaja Syawal dah menjenguk kepala dia, tak sabar-sabar nak datang.

Apa-apa pun, maaf zahir dan batin! Ampun maaf aku pohon, dari hujung kaki ke hujung rambut!

Selamat hari raya Aidilfitri!