my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Friday 29 March 2013

Dunia Baharu

Terasa masa itu hanya sekejap hanya, sudah agak lama rasanya lompang masa yang telah aku tinggalkan selama ini dari hasil nukilan aku yang terdahulu, Et Cetera. Mungkin, pada pengamatan insan lain, jarak yang aku biarkan itu terlihat begitu lama sekali, tapi apabila aku fikirkan, aku renungkan, rasanya seperti baru semalam aku mengkaryakannya. Terlalu banyak 'mungkin' ingin aku masukkan dalam kisah aku kali ini, tapi kepastian yang kita, dan amat perlukan, bukan?

Hati ini rasa sakit, sakit yang tidak dapat langsung aku jelaskan dalam perkataan. Pastinya pendefinisian bagi apa yang aku rasakan ini tidak mungkin dapat diungkai oleh mana-mana manusia, kecuali aku sendiri. Namun, aku sendiri tidak dapat merungkaikan apa yang terdapat dalam isi hati aku ini. Kurang dari empat puluh jam lagi aku akan balik ke dunia baharuku itu. Aku gelar ianya sebagai dunia baharu kerana persekitarannya yang baru, insan-insan baharu yang aku temui di sana yang pelbagai ragam dan cereka masing-masing yang belum dapat aku pastikan lagi. Dunia baharu memang aneh, amat pelik, mungkin ini efeknya dari pertama kali aku berada di sekolah berasrama. Aku ditakdirkan untuk bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu setelah sekian empat tahun aku menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan berhijrah, banyak aspek dan perspektif yang aku telah kira, akan tetapi apakan daya. Takdir Ilahi, aku akan menyambung pelajaranku ke dunia baharu itu.

Perasaan sedih dan rindu menggamit jiwa apabila aku teringatkan sekolahku dahulu, namun perasaan benci, marah, dan meluat segera melenyapkan perasaan itu. Aku kurang tahu, aku khilaf apa yang telah menyebabkan aku berperasaan seperti begitu. Hmmm.....