my name is fatin. a 5'2 girl and i'm 15 years young. currently situating in a rural area somewhere in malaysia. above all, i'm a muslim.


Thursday 23 May 2013

Et Cetera: II

Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Ya, bulan demi bulan berlalu tanpa aku sedari. Begitu pantasnya masa beranjak tanpa menoleh ke belakang pun walau sekejap saja. Masa tak akan pernah berputar kembali. Ingin sahaja aku kembali ke masa lalu untuk memperbaiki segala kesilapanku, kekhilafanku, kejumudanku, sebagai insan biasa yang tidak mempunyai kuasa. Hampir sahaja aku menitiskan air mata di hadapan skrin komputer, berapa banyak waktu yang telah aku sia-siakan? Berapa banyak peluang yang aku telah biarkan? 

Berapa banyak dan berapa banyak lagi? 

"Kisah lama berulang kembali, melukakan parut yang sudah sedia ada dalam hati ini"
Sekadar metafora kehidupan sahaja.

Pernahkah anda terfikir bahawa kita ini diciptakan atas dasar apa? Atas sebab apa? Atas faktor apa? Mungkin ada di antara kita mengatakan bahawa kita hidup ini demi-Nya, ada yang mungkin tujuan hidupnya mencari cinta, ada yang ingin menggapai puncak nun di sana, dan mungkin yang ada hanya ingin kemewahan hidup semata-mata. Inskripsi dunia, manusia ini terlalu banyak lumrahnya.

Mahu tahu satu rahsia?

Aku sentiasa ingin kelihatan berbeza, unik. Aku ingin kelihatan menonjol dan aku ingin mendapatkan perhatian dari semua orang yang akhrnya memakan diri aku sendiri. Aku hairan dan takjub dengan diri aku sendiri bagaimana aku boleh berkelakuan seperti budak-budak, seringkali akan aku memasamkan muka, menyendiri apabila sesuatu itu tidak memenuhi kehendak dan citarasa aku. Aku benar-benar memerlukan seseorang untuk membantu aku, memberitahu apa yang aku patut aku lakukan, apa yang patut aku buat dalam kehidupan ini.

Kisah benar hari itu yang ingin aku sutradarakan dalam epik Et Cetera ini, ingin aku eksploitasi sekali lagi. *Benarkah eksploitasi satu perkataan yang molek untuk digunakan? I don't think so

Cita-cita?

Dahulu aku ingin menjadi seorang doktor. Itu dahulu, kira-kira sedekad yang lalu. Impianku seringkali berubah-ubah. Sekejap aku ingin menjadi seorang detektif, sekekejap ingin menjadi saintis, sehinggalah aku bingung dan keliru ke hari ini. Tapi yang pasti, aku ingin mengembara ke seantero dunia, melihat dan menyaksikan sendiri ragam manusia yang heterogen. Aku dapat bayangkan betapa indahnya dunia ini, ingin aku terokai setiap penjuru bumi ini.

Apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu? 

Biarlah rahsia~ *Bak dendangan Dato' Siti Nurhaliza.
Hehehe...

Keputusan PMR?

Aku tidak mengambil keputusan PMR aku di sekolah, kerana aku berada di Kota Kinabalu pada waktu itu untuk membeli alatan persekolahan bagi sesi 2013 nanti, lagipun aku boleh menyemak keputusan periksa aku melalui SMS. Sehari sebelum keputusan diumumkan aku bagaikan cacing kepanasan, hatiku tidak senang, memikirkan kertas Bahasa Melayu penulisan aku yang akan memungkinkan aku mendapat B. Kenapa? Ceritanya panjang sekali ingin aku kisahkan, ingin aku ingat kembali memang lucu sekali, membuatkan aku tergelak dan tersenyum sendiri akan kepanikan aku pada hari itu. 

Ceritanya begini...

"Aku time tu memang semangat gilalah nak jawab paper Bahasa Melayu. Semangat tu memang semangatlah, semangat 1 Malaysia ada, semangat Merdeka ada, semangat Keranamu Malaysia pun ada. Okay, aku tipu je.. Jangan marah, okay? Yang pasti, aku memang sangat-sangat tidak bersedia untuk menjawab kertas tersebut. Apa yang paling aku risaukan? Sebenarnya, I had literally f***ed my paper. Aku tersilap tulis nombor bagi bahagian C dan karangan Bahagian D aku terletak di antara dua bahagian muka surat karangan Bahagian C..... Aku cuba memperbetulkan kesilapan aku, tapi pada waktu itu masa pun dah habis, lalu pengawas pun mengutip semua kertas jawapan termasuklah kertas jawapan aku. Pada masa itu, apabila pengawas telahpun melangkah keluar dari dewan peperiksaaan, dan bergerak ke bilik pengumpulan kertas jawapan, aku segera berlari mengejar pengawas tersebut untuk memberitahunya bahawa aku telah tersilap menulis nombor soalan yang aku telah pilih dalam Bahagian C di atas kertas jawapan tersebut. Namun, harapan aku punah apabila, aku tersungkur di pintu hadapan sewaktu aku berlari. Pipiku terasa hangat dan memerah. Aku terpaksa menebal muka di hadapan semua orang, dan pada waktu itu aku hampir-hampir sahaja ingin menangis kerana aku menyangka harapan aku untuk mendapat 9A telah pun hancur berkecai bak kaca terhempas ke tanah..."

Itulah apa yang berlaku........


|/************************Bersambung******************************\|